Thursday, November 25, 2010
Exam Math
Posted by aLiFF aMiN BiN aHMaD @ MoHD YuSof at 4:23 AM 0 comments
Wednesday, November 24, 2010
First paper 25/11/10
Posted by aLiFF aMiN BiN aHMaD @ MoHD YuSof at 2:13 AM 0 comments
Saturday, November 20, 2010
Dia = Selfish

Posted by aLiFF aMiN BiN aHMaD @ MoHD YuSof at 11:52 AM 0 comments
Wednesday, November 17, 2010
Hari Raya Pertama Aidilfitri
Hari raya pertama adilfitri amat meriah sekali... Seperti biasa, pasti x smua adik bradik yang x balik... Keluarga pak lang raya sekali nie pergi menunaikan haji.. So smuanya berada di Mekah sekarang... Family aku smua ada... Sofea dah pandai merangkak sekarang... hehehehe... x sabar tnggu leh berjalan... leh bawak ronda2....
Mohd Rijalludin balik kg beraya thn nie... dah lama dia x blk beraya.... bererti sgt raya thn nie... mlm raya aku kuar ngan dia smpy lewat malam... kami melepak ja dr awai smpy blk... terlalu byk crita dari dr... dr crita heppy smpy la cta serius... InsyAllah dia planning kawin thn depan.... sekarang tgh kumpul duit la dia... Aku?? maybe thn 2020... hahahaha... Bila melepak ngan smua saudara mara, ramai yang tanya cik Selfish.. bila nak mai? ada mana? dia braya kat mana? esok x mai braya ka? x mai kenduri ka? aku diamn senyum saja... x dak apa yang bleh aku kata... aku msj dia, tanya mai o x kenduri esok dengan harapan ada jawapan positif... tp... huh.. dah taw apa jawapan dr dia... smuanya aku terpaksa tanggung berseorangan... dia mngkn heppy kat sana... saudara mara dia mesti x tanya sal aku.. dia pun x payah pening pala nak menjawab... Smuanya sbb aku xpenah rapat ngan family dia n dia pun x pernah rasa nak kenalkan aku kepada saudara mara dia... sekarang bila dah jadi macam nie mmg aku yang parah menjawab... :) Apa2 pun... aku tetap happy beraya tahun nie walaupun tanpa si DIA....
Posted by aLiFF aMiN BiN aHMaD @ MoHD YuSof at 7:08 AM 0 comments
Thursday, November 11, 2010
Study Oh Stydy....
Hari nie 11/11/2012... lebih kurang 10 hari lg aku start final exam... First paper subjek math... X dak subjek yg senang time wat degree nie... Naseb bek la sbjk math nie ada tips... aku mmg stdy tips ja la... dengan harapan smua tips akan masuk.... hahahahha
Pas sbjk math, bi plak... pas tu solid dan yg terakhir manufac... 3 hb dec aku hbs exam... mmg x sabar nak hbs... sem nie aku target lulus smua sbjk ja.... pointer x berharap sgt pun nak dapat tinggi... aku cuma harap dapat pointer lingkungan 2.75 - 3.00... klu dapat leh 3.00 mmg aku wat kenduri... hohohoho...
Subjek yang paling aku risau sem nie manufac... sbb sbjk membaca.... dulu sbjk membaca aku paling x suka... tu dlm bm... tambah la sekarang nie sbjk baca smua dlm bi... x suka kuasa 1000 la.... hahahaha... aku baca dlm bi pun x paham... translate pun x paham juga plus merapu web translate plak... hohohohoho... aku dah x taw nak stdy macam mana sbjk membaca nie... sem lepas aku fail satu sbjk... sbjk membaca la... harap2 sem nie x fail lg sbjk membaca...
Posted by aLiFF aMiN BiN aHMaD @ MoHD YuSof at 7:28 AM 0 comments
Tuesday, November 9, 2010
Personaliti Lelaki
Tips utk memikat: Bagus untuk minah-minah tudung (NO OFFENCE) but its true.. Jejaka Aries suka wanita yang sopan, tata-tertib.. sebab nak bawa tunjuk mak so kena lah bawa balik yang bagus punya.
WARNING: Jika anda betol anda rasa kes ini pilihan anda, pilih lah. Kalau tidak, jangan lah main-mainkan hatinya. Hati dah luka sukar nak dibaiki. Macam moto yang dah rosak, makan bulan diworkshop baru baik.
Tips utk memikat: Sebagai perempuan, harus lah menunjukkan kewanitaan yang selembut-lembutnya. Kena tahu bagaimana menilai dan menghargai setiap ciri dan kualiti ada pada jejaka leo.
WARNING: Jangan.. saya ulangi.. JANGAN bercakap atau memuji lelaki lain di hadapan LEO. Mereka tak suka dibanding-bandingkan dengan orang lain.. mereka tu sensitif! Sikit sikit tak boleh, nanti merajok, balik bilang mak.
Tips utk memikat: Lelaki Virgo suka yang pendiam, tak kecoh, sofisticated, simple, jangan banyak cakap..(cerewet pulak si virgo nie) So kenalah pandai menyerlahkan nilai-nilai kewanitaan, gaya yang manis, kelembutan dan tak lupa kesabaran..(virgo ceng’eng.. kuat merajuk)
WARNING: Bila pergi dating, jangan pakai yang ter “over welming”.. virgo ini gatal..(chicky duck) kalau dia over gatal, kasi jer flying kick sama dia.
Tips utk memikat: Senang aje.. Libra suka perempuan yang ceria, happy go lucky.. SO be urself.
WARNING: So bila nak date.. makai lah make-up yg sederhana.. tapi jangan lupa cover-up pimple jika ada.. a big turn off for Libra pasal diorang ingat diorang nie semua hensem.
Tips utk memikat: Sentiasa menghargai nya.. nak bergayut di talifon berjam-jam pun takpe! janji
dengan dia, kerana Scorpio ini macam Libra juga, posessive. Tak suka berkongsi perempuan nya dengan orang lain.
WARNING: Buat pilihan yg betol bila mahu memikat scorpio, kerana bila dah terjerat susah nak escape dari scorpio…(jangan kata tak kasi warning)
Tips utk memikat: Jangan pulak anda pun nak step kaya… nanti habis duit dikebas.
WARNING: TOLONG Jangan terpedaya dengan kata manis nyer.. first first manis, kalau dah lama jadi masam.. kadang kadang jadi basi…
Tips utk memikat: Sentiasa ada kan plan bila nak keluar.. tengok wayang ke? kanoeing ke? Anything asal kan jangan membosan kan…
WARNING: Jangan “u plan.. i plan lah”..’confirm tak ada plan’.
Tips utk memikat: COOL aje sis.. nak tekel mereka bukan mudah.. jangan give in selalu.. ajar sikit.. mereka jual mahal.. kita jual lagi mahal
WARNING: Macam layang-layang putus tali.. jual mahal.. mahal jugak sis.. jangan mahal sampai terputus tali.. melepas lah kau nanti…
Tips utk memikat: Kacang aje.. sentiasa berpakaian cantik, glamer.. comfirm dia sentiasa nak berkepit aje dengan you.
WARNING: Lelaki Aquarius nie cepat bosan dengan orang.. so sebelum dia tinggal kan kita.. kita blah dulu
Tips utk memikat: Senyum sikit kat dia, mesti dia akan ingat sampai bila-bila.
WARNING: Mungkin bakal jadi playboya.
Tips utk memikat: Low profile sikit, mereka suka sesuatu yg mencabar, let him find out the real you…
WARNING: Kadang-kadang diorang suka buat kelakar seorang seorang… kesian takde orang lain layan…
Tips utk memikat: Sabar aje lah.. be patient. Sebagai perempuan, mengalah lah sikit.. lambat laun hati nya akan lembut jugak.. Lelaki Gemini nie suka pada perempuan yang lembut, hatinya akan lembut jua.
WARNING: Jangan bersikap terlalu kasar dengan nya.. kalau dah tak tahan dengan mereka.. blah aje jangan banyak cakap.. mereka panas baran. Tak guna bertengkar anda tak akan menang punya pasal diorang nak menang jer…..
AKU??? bulan 4.. klu nak tau pandai2 la cari sendiri... hahaha... tp bila baca ada jugak betoinya... dulu aku selalu pikir sal apa aku rasa diri nie macam manja2 sikit,,, smua nak menang... org kata aku anak bongsu... tu sebabnya... tp bila aku pikir balik, mak ayah aku x pernah manjakan aku macam anak bongsu org lain pun.... aku tgk sama ja mak ayah aku bg kasih sayang kat aku ngan kak n abg aku... So sekarang aku dah tahu.... smua jawapan ada disini... hesheshes
Posted by aLiFF aMiN BiN aHMaD @ MoHD YuSof at 7:58 PM 0 comments
Jika Aku Jatuh Hati
Ianya bukanlah sebuah puisi, tetapi sebuah doa yang sesuai untuk kita baca dan dikongsikan di laman Tentang Cinta ini. Mudah-mudahan doa ini dapat kita amalkan agar kita jatuh hati pada seseorang bukan kerana dirinya tetapi keranaNya…
Bismillahirrahmanirrahim…
Ya Allah…
Jika aku jatuh cinta,
Cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya PadaMu,
Agar bertambah kekuatanku untuk mencintaiMu…
Ya Muhaimin…
Jika aku jatuh hati,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu,
Agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu…
Ya Rabbana…
Jika aku jatuh hati,
Jagalah hatiku padanya,
Agar tidak berpaling daripada hatiMu…
Ya Rabbul Izzati…
Jika aku rindu,
Rindukanlah aku pada seseorang,
Yang merindui syahid di jalanMu…
Ya Allah…
Jika aku menikmati cinta kekasihMu,
Janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya,
Bermunajat di sepertiga malam terakhirMu…
Ya Allah…
Jika aku jatuh hati pada kekasihMu,
Jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh,
Dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu…
Ya Allah,
Jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu,
Jangan biarkan aku melampaui batas,
Sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu…
Amin ya rabbal alamin…
Posted by aLiFF aMiN BiN aHMaD @ MoHD YuSof at 7:40 PM 0 comments
24 Ciri-Ciri Orang Yang Mencintai Kamu
Dalam kehidupan, kamu tidak sedar apa yang dilakukan oleh seseorang terhadap diri kamu merupakan satu petanda yang dia mencintai kamu. Dia tidak ingin kamu tahu secara terus daripada mulut dia tetapi dia menunjukkannya melalui perbuatan. Berikut merupakan 24 ciri-ciri yang dilakukan oleh seseorang yang menunjukkan bahawa dia mencintai kamu.
- Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.
- Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.
- Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.
- Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.
- Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘selamat pagi’, ‘selamat hari minggu’, ‘selamat tidur’, ‘take care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.
- Jika kamu menyambut hari jadi dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.
- Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak boleh berulang selalu.
- Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. Kerana dia menyematkan kata-katamu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? Pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.
- Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu – kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya dia berjaya.
- Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu – kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.
- Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.
- Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.
- Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.
- Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.
- Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu dan jauh.
- Dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh dimata, dekat dihati?’
- Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.
- Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.
- Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.
- Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dengan sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia! Bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. Dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.
- Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.
- Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.
- Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain, dia sentiasa menunggu kamu.
- Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. Saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.
Posted by aLiFF aMiN BiN aHMaD @ MoHD YuSof at 7:37 PM 0 comments